resepinya
B - 120ml air sejuk
50gm geletin halal gel
campurkan keduanya dan biarkan seketika.
A - 120ml air biasa/paip
300gm gula pasir
220gm golden sirap
sedikit garam (1/2 sudu teh)
1 sudu teh vanilla
masak bahan2 A di atas sehingga betul-betul mendidih.Angkat periuk dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas bahan B tadi. Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit (sehingga betul-betul pekat....orang kelantan kata pekat gelemat). Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak dan di siompan semalaman (nak letak dalam peti sejuk pun boleh)
Cara memotongnya....Sebelum memotong mashmellow sapukan permukaan atas dan bawah mashmellow dengan campuran tepung jagung dan gula ising (kalau nak kurangkan manis 4 tepung jagung 1 gula iasing) Potonglah dengan pisau pizza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung tadi...selamat makan....
golden sirup..kak beli siap tapi bagi yang nak mencuba membuatnya
200gm gula
50gm air
1kg gula
600gm air mendidih
2 keping lemon
Masak 200gm dengan 50gm air sehingga kuning
selepas itu masukkan air mendidih dan 1kg gula serta lemon
Masak sehingga 45 minit dan agak pekat.

